[Depan] [Album] [Niagara] [Buah-buahan] [SirapMaple] [Kembara] [Keluarga] [Warna] [Peta]
[Aisyah] [Sarah] [Basel] [Gambar Bertiga] [Hariraya] [Buku Cerita] [Sekolah] [Catatan Ummi]
[0-3 bln][4-8 bln] [9-12 bln][1-3 thn] [4-6 thn][7-8 thn]


Rayyan Dilahirkan
Lambat Bercakap
Budak Sosial
Belajar English dari TV
Terrible Twos
Latihan ke Bilik Air
Kembali Ceria
Mengaji Quran
Rayyan ke Sekolah
Lukisan Rayyan


LAMBAT BERCAKAP

Rayyan lambat pandai bercakap berbanding budak-budak sebaya dia. Semasa umur setahun baru Rayyan boleh sebut yang asas seperti babah (ayah dia), mak (masa menangis nak menyusu aje), emm (masa bagi benda kat kita), nak (masa dia tunjuk benda yang dia nak).

Rayyan panggil bapa dia ayah (yang diajar) atau abang (terikut ummi dia), dan panggil emak dia samada ummi (yang diajar), mommy (masa manja) atau dik (terikut ayah. Semasa umur Rayyan 1 tahun 9 bulan barulah dia dapat bercakap ayat bahasa Melayu yang penuh, dan masa ni juga dia belajar banyak perkataan baru (Melayu) setiap hari. Kami cakap Melayu dengan Rayyan dan ajar 123 pun dalam bahasa Melayu. Tetapi pengaruh TV lebih kuat dan Rayyan menghafalnya dalam bahasa Inggeris.

ATAS

BUDAK SOSIAL

Semasa berumur setahun lebih, Rayyan sangat peramah dan suka menyapa sesiapa sahaja. Rayyan juga suka berkawan dan berkongsi mainan dengan sesiapapun. Disebabkan Rayyan suka sangat nak berkawan, ingat nak masukkan dia ke sekolah tadika sebab mereka ambil juga budak umur setahun setengah. Tapi bila dengar bayarannya $600 sebulan terus tak jadi. Lagi mahal dari sewa rumah kami!

Orang-orang dewasa pun Rayyan berani tegur. "Hello! Hai... dah jadi kebiasaan mulut dia. Rumah kami ada beranda yang berada disebelah atas pintu masuk ke bangunan apartment. Pantang dengar pintu apartment tu dibuka, meluru Rayyan ke beranda nak tegur sesiapa sahaja yang ada kat situ. Hampir semua orang akan balas sapaan Rayyan. Rayyan juga pandai cakap 'thank you' bila ada orang bukakan pintu untuk dia.

Dari pengalaman Rayyan di sini, anak-anak orang putih dan Arab paling mudah didekati, manakala kanak-kanak China (yang bukan Canadians) paling susah nak berkawan atau mesra dengan orang yang baru ditemui. Dah banyak kali Rayyan pergi nak berkawan dengan mereka, tetapi mereka terus menjauh atau tak pedulikan Rayyan. Orang-orang China dewasa pula biasanya akan gelak bila disapa. Ada juga yang mengangguk kepala sambil tersenyum.

ATAS

BELAJAR ENGLISH DARI TV

Kami lihat ramai kanak-kanak Melayu yang berada di luar negara boleh berbahasa Inggeris walaupun mereka belum masuk preschool, dan ibubapa mereka kata mereka berbual di rumah dalam bahasa Melayu sahaja. Betul ke? Sepanjang tempoh ini, kami hanya akan bercakap dalam bahasa Melayu sahaja dengan Rayyan. Bahasa Inggeris yang Rayyan dengar hanya melalui TV atau semasa dia di bawa keluar.

Semasa Rayyan nak pandai bercakap, antara perkataan awal yang dia selalu sebut ialah asod (ranting kayu). Satu hari semasa melihat rancangan katun di TV, Rayyan melaung "asod!". Ketika itu watak katun sedang bermain pedang menggunakan ranting kayu dan bercakap "this is a sword". Patutlah.

"This is ..." adalah frasa pertama yang Rayyan tahu gunakan tetapi digabung dengan bahasa Melayu seperti "this is a cawan" dsbnya. Ketika itu Rayyan berusia 2 tahun. Selepas usia 2 tahun 4 bulan barulah terdengar ayat-ayat mudah lain seperti come on, coming! wake up mommy, where's my car, I can't do it etc. Projek dihentikan semasa Rayyan berusia 2 tahun 10 bulan.

Dari pemerhatian selama beberapa bulan ke atas Rayyan, kami dapati Rayyan belajar bahasa Inggeris dengan mengambil ayat demi ayat (phrases). Contohnya Rayyan berkata Where're you going?, Where is Aisyah? Can I have that? I am hungry Jika dilihat seolah-olah Rayyan sudah belajar 'grammar' tetapi hakikatnya dia hanya menuturkan ayat-ayat yang dia pernah dengar di TV atau dari orang lain. Mungkin inilah caranya kanak-kanak Cina dan India belajar bahasa Melayu di Malaysia.

ATAS

TERRIBLE TWOS

Beberapa hari sebelum menjelang usia 2 tahun, Rayyan dah tunjukkan ciri-ciri 'terrible twos' yang selalu diceritakan orang tu. Kalau dulu boleh kongsi mainan dengan sesiapa, tiba-tiba aje dia jadi possessive, tak nak mengalah, rebut mainan budak lain dan menjerit bila apa yang dia nak tak dapat. Ummi terpaksa berhenti mengunjungi perpustakaan awam sebab Rayyan akan rebut semua mainan di situ walaupun sedang dipegang oleh budak lain.

Bila Aisyah lahir dua bulan kemudian, Rayyan jadi tambah degil dan tak nak makan. Tubuh badan Rayyan susut dengan cepatnya dan dia nampak tidak bertenaga seperti dulu. Biasanya semasa Aisyah tengah menyusu itulah Rayyan pun nak perhatian sama. Ummi kesian tengok Rayyan, tapi Aisyah terpaksa diutamakan. Ketika ini juga ayah akan menghadapi ujian 'comprehensive' yang akan menentukan samada dia dapat meneruskan pengajian PhDnya. Tetapi dia lebih banyak menghabiskan masa menolong ummi, Aisyah dan Rayyan. Alhamdulillah ayah berjaya juga akhirnya.

Selepas Aisyah lahir, setiap hari Rayyan akan menyuruh kami membalut badannya dengan tuala dan akan menangis bila tuala itu terlurut (tak sampai 5 limit kemudian). Alhamdulillah krisis 'balut tuala' ni cuma berlaku dalam masa 2-3 bulan, tapi cukup memenatkan dan menaikkan darah bila ummi sibuk dengan perkara lain. Rayyan juga tidak mahu tidur di bilik lagi, tetapi di ruang tamu keseorangan.

Semasa berusia 2 tahun setengah, Rayyan telah menghentak dengan kuat belakang dua orang sisters semasa mereka sedang sujud sembahyang berjemaah. Selepas itu semua sisters yang ada di majlis terus berdebat tentang keutamaan bersembahyang berjemaah atau menjaga anak dari mengganggu orang lain. Ummi rasa sangat sedih dan sejak hari itu ummi tak pernah lagi bawa Rayyan ke mana-mana majlis sehinggalah Rayyan berusia 3 tahun. Rayyan sekarang begitu berbeza dari dahulu yang cergas, periang dan peramah. Tetapi di rumah Rayyan semakin menyanyangi Aisyah dan selalu juga menciumnya.

ATAS


'TOILET TRAINING'

Ini cabaran yang semua ibu bapa kena hadapi semasa membesarkan anak. Nenek Rayyan di Segamat ambil upah menjaga ramai kanak-kanak lain sejak ummi sekolah menengah lagi. Jadi selalulah kena tolong latih budak-budak tu ke bilik air, biasanya sejak mereka berusia bawah setahun lagi. Setiap 15 minit kena masuk bilik air. Terbocor tu perkara biasa, kusyen dan tilam selalu berjemur di luar rumah.

Bila ummi dah ada anak sendiri, rasa tak larat nak buat macam tu. Baca buku penjagaan kanak-kanak pula, ramai pakar mencadangkan latih setelah anak kita bersedia. Rayyan mula dilatih semasa berumur dua tahun setengah iaitu pada penghujung musim sejuk (April). Kami selalu pula pergi mengembara lama-lama (1-2 minggu). Tiap kali berjalan Rayyan dipakaikan diaper, balik jalan kena ajar semula ke bilik air.

Entah macammana sejak berusia 3 tahun, tiba-tiba Rayyan bertanyakan semula potty seatnya dahulu. Hari tu juga kami ke kedai belikan potty seat baru (ayah dia dah buang yang lama sejak Rayyan tak nak guna). Bila Rayyan berusia 3 tahun setengah, barulah dia bebas sepenuhnya dari menggunakan diaper.

ATAS

KEMBALI CERIA

Rayyan kembali periang, dan aktif semula semasa usianya menghampiri 3 tahun. Mungkin juga kerana Aisyah sudah boleh berjalan (sejak 9 1/2 bulan). Kini mereka banyak menghabiskan masa bermain kejar-kejar atau melompat-lompat di atas katil. Rayyan paling suka peluk Aisyah dari belakang dan jatuh bersama-sama. Masalah paling besar ketika ni, rumah bersepah dan orang rumah sebelah bawah komplen bising. Lagu kegemaran Rayyan - katak sikatak lompat.

Ketika ini juga kami menyedari Rayyan mula memikirkan perkara-perkara seperti mati dan proses manusia dijadikan. Sekarang dia banyak bertanya macammana bayi dilahirkan, kenapa daun hijau menjadi hitam dsbnya. Bila ditanya apa terjadi kepada kita jika matahari mati? Rayyan menjawab orang, daun, pokok dan rumah semuanya akan mati.

ATAS

MENGAJI QURAN

Rayyan mula mengaji semasa berumur 3 tahun. Rayyan menggunakan buku Iqra' sebagai panduan. Masa mula-mula dikenalkan huruf dan baris atas laju aje Rayyan belajar. Bila masuk buku 2 dan dikenalkan konsep harkat(2 sahaja), ambik masa 3 bulan jugak Rayyan nak faham apa itu sebutan panjang dan pendek. Alhamdulillah, sekarang ni (9 bulan kemudian), Rayyan dah boleh baca jika ada baris dan mad (Iqra' buku 3).

Selepas Rayyan masuk pra-sekolah dan mula menggunakan Iqra' buku 4, kami dapati Rayyan tak dapat menguasainya dengan baik. Buku tersebut terlalu jauh ke hadapan dari keupayaan Rayyan. Kami menghentikan sementara mengaji untuk Rayyan tumpukan pada pra-sekolahnya. Mungkin kami akan mulakan semula setelah Rayyan cukup matang untuk buku tersebut.

ATAS


[Rayyan] [Aisyah] [Sarah] [Basel] [Gambar Bertiga] [Hariraya]
[Buku Cerita] [Sekolah] [Catatan Ummi]
[Depan] [Album] [Buah-buahan] [SirapMaple] [Kembara] [Warna] [Peta]
Hosting by WebRing.