Petik Buah-buahan di Kanada



Di bawah ni gambar-gambar semasa kami pergi petik buah-buahan di Ontario, Kanada.
Petik Buah 1999
Petik Buah 2000
Petik Buah 2001

Di Kanada, musim buah-buahan dimulakan dengan strawberi pada awal bulan Jun. Kami cuba tanam lima pokok strawberi dalam pasu, tapi dua pokok aje yang berbunga. Buah yang menjadi pula cuma beberapa biji aje. Sebenarnya, pokok strawberi ni kena tanam banyak-banyak supaya ada persenyawaan antara mereka (macam pokok jagung).

Buah blueberi dipetik di Andrew Scenic Farm, Milton pada 15 Julai 99. Semasa kami datang, buah blueberi baru nak masak. Masa yang lebih sesuai mungkin 2 minggu atau sebulan kemudian. Blueberi perlukan tanah berasid, selain dari terdedah pada suhu menghampiri 0 Celcius selama beberapa minggu.

Selain dari blueberi, kami juga petik asparagus dan rasberi merah & hitam. Asparagus sebenarnya sudah boleh dipetik dari bulan Mei. Dalam bulai Julai, banyak pucuk yang dah jadi pokok. Pucuk asparagus tumbuh keluar dari tanah macam rebung buluh tapi bila dah tua setinggi lalang sahaja. Di ladang yang sama ada beri merah dan hitam, gooseberi, ceri masam (khas untuk ditinkan), dan bunga-bungaan.

Buah anggur, peach dan plum semuanya dipetik di Vineland, terletak antara Hamilton dan Niagara. Kami pergi sana pada 29 Ogos 99, terlalu awal. Masa yang lebih sesuai mungkin dua minggu kemudian. Kalau nak ke situ dari Lebuhraya QEW, keluar di exit 57 atau Victoria St. Kat sini ada banyak ladang buah-buahan, kebanyakannya untuk dijual terus ke pasar. Selain dari anggur merah yang kami petik, kat sini ada banyak ladang anggur hitam khas untuk buat wine sahaja. Tapi kat Malaysia pun dah ramai orang tanam anggur. Anggur yang sesuai untuk ditanam di Malaysia bernama Isabella. Tambahan: 2006, dah ada beberapa lagi jenis anggur yang ditanam seperti IAC dan Thompson

Kami juga petik buah pear, tapi banyak yang dah terlalu masak. Epal pula dipetik pada awal bulan Oktober di Cambridge, terletak antara Waterloo dan Hamilton. Labu masak serentak dengan epal. Inilah masanya diaorang buat sambutan Hallowen, nak menghabiskan labu yang melambak-lambaklah tu.






Minat berkebun? Sila bersama kami di sini:

Subscribe to kebunmalaysia



[Petik Buah 1999] [Petik Buah 2000] [Petik Buah 2001]
[Depan] [Anak2] [Album] [Niagara] [SirapMaple] [Kembara] [Keluarga] [Peta] [Warna]

Hosting by WebRing.