nota komputer

 

 

  ARTIKEL
Masalah Registry
"Masaalah Registry ini banyak menimbulkan kegawatan kepada pengguna PC yang berlandaskan operasi windows.Tidak ada cara yang boleh menyelamatkan Windows sekiranya fail Registry rosak kecuali anda menyimpan fail salinan atau backup".

WINDOWS REGISTRY

Registry ialah hiraki database yang digunakan oleh Microsoft Windows untuk menyimpan semua maklumat mengenai sistem, aplikasi dan juga perkakasan. Ianya mengandungi informasi untuk rujukan windows dalam proses operasi dijalankan saperti profail setiap pengguna,jenis jenis aplikasi yang telah dipasang, jenis dokumen yang telah dihasilkan oleh setiap aplikasi, semua setting untuk fail atau icon dan port yang telah digunakan. Pendek kata ia merangkumi semua maklumat mengenai komputer.
Registry mengambil alih tugasan Fail Autoexec.bat dan Config.sys yang digunakan oleh Ms Dos dan Win3.x.
Walau pun pada dasarnya Registry ini merupakan satu fail, tetapi hakikatnya ia mengandungi 2 atau mungkin 3 fail yang disimpan dalam komputer. Fail fail tersebut ialah  System.dat , User.dat dan Policy.pol.
System.dat merekodkan semua perkakasan dan perisian yang terpasang di dalam komputer manakala User.dat pula menyimpan perkara yang telah anda lakukan terhadap aplikasi di dalam komputer anda - saperti mengubah icon atau desktop, warna tetingkap, jenis fon memasang dan lain-lain. Manakala Policy.pol pula merekodkan polisi pengguna yang telah anda tetapkan saperti siapkah kumpulan / orang yang boleh menggunakan komputer tersebut serta apakah aplikasi yang ada yang boleh mereka digunakan. Selain daripada system.dat dan user.dat, windows juga akan membuat salinan bagi kedua dua fail itu setiap kali perubahan dilakukan dan disimpan dalam nama lain iaitu system.da0 dan user.da0.
Bila anda berjaya menjalankan operasi windows (on komputer), satu fail 'backup' REGISTRY akan dibuat oleh windows bersama-sama fail Win.ini dan System.ini. Fail fail ini dimampatkan (compressed) dan disimpan sebagai fail kabinet (cab.file) dan disimpan di dalam folder Windows\Sysbckup.
Setiap kali anda memulakan komputer (on), Registry Checker akan memeriksa registry dan jika ada apa apa masaalah terhadap registry, maka sysbckup inilah yang akan mengambil-alih tugas membaiki masalah tersebut.
Anda boleh memeriksa Registry komputer anda . Klik Start\Run dan taipkan scanreg di dalam petak dan tekan OK. Sekiranya komputer anda tidak mempunyai apa-apa masalah, message berikut akan dipaparkan :

No errors found. The system registry has been backed up already today. Would you like to back it up again?. Klik
NO


BAGAIMANA MEMBUAT SALINAN FAIL REGISTRY

Anda boleh menyunting (edit) registry windows dengan menggunakan Notepad untuk menukar 'default' yang telah ditetapkan sekiranya anda mahir. Sabelum anda berbuat demikian, anda patut membuat salinan (backup) fail registry. Terdapat beberapa cara anda boleh membuat backup. Salah satu daripadanya ialah dengan menyimpannya ke dalam floppy dengan menggunakan Progran Registry Editor dan upload ke X Drive (sekiranya berlaku kerosakan pada floppy).Ikut langkah dibawah:

Masukkan disket ke pemacu A - Klik START - Klik RUN -  taipkan REGEDIT -tekan OK -(keluar Registry Editor)&nbssp; - klik REGISTRY - klik EXPORT REGISTRY FILE - masukkan nama fail dan jangan lupa mengubah SAVE in ke Floppy A - klik SAVE.

Untuk Restore semula registry sekiranya Win anda tidak boleh boot, anda perlu menggunakan 'Safe Mode Command Prompt Only' dengan cara :

Sabelum keluar perkataan ...starting win95, tekan kekunci F8 dan pilih Safe Mode Command Prompt Only. Masukkan floppy A dan pada dos prompt, taipkan  copy A: system.dat C:windows tekan enter. Kemudian taipkan pula
copy A: user.dat C:windows

 


 

 


 

 

SSMS
Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang diguna pakai di seluruh Sekolah Bestari Rintis
TLM
Pembangunan bahan kerja kursus untuk kegunaan murid dan guru di Sekolah Bestari Rintis
TISI
Penyediaan dan pemantauan Infrastruktur Teknologi dan juga pengintegrasian sistem di rangkaian bestari
HD
Menerima dan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pengguna dikalangan guru dan murid di sekolah bestari.
PCB
Menyediakan perancangan dan penyelidikan berkaitan dengan pembangunan sekolah bestari.
CMT
Mengaturkan segala Pengurusan Perubahan dan juga latihan kepada guru-gurudan kakitangan yang berkait rapat dengan Sekolah Bestari
Hosting by WebRing.